Sunday, 14 August 2016

Pengalaman Mencari Rumah


Alhamdulillah dah hampir 2 tahun duduk rumah sendiri (tp officialnya masih bank punye). Sekarang baru nak throwback pengalaman carik rumah mase mule2 dulu. Sebenarnya aku start cari rumah masa tahun 2013. Masa tu masih mengandungkan Airis dan masih duduk dekat JB. Tapi aku memang dah nekad nak ada rumah dekat Batu Pahat. Meh aku share rumah yang aku pernah riki.

1. Buat rumah atas tanah Omak den...
- Haa yang ni adalah cadangan yang pertama mak aku kuarkan. Dia nak anak dia ni sentiasa depan mata. Jadi dia cadangkan aku buat rumah dekat depan rumah Mak. Aku memula okay jer..Yelah dekat ngn mak sapa taknak kan. Tapi masterji tak setuju. Dia jenis orang yang tak pandai nak campur dengan masyarakat kampung. Yelah ko kalau duduk kampung mestilah kena rajin rewang, kalau ada kenduri kena rerajin jengulkan muka. Kalau ko tak datang karang sekampung label ko sombong plak kan. 

2. Rumah teres dekat Pura Kencana
- Aku ingat lagi masa ni aku baru balik dari JB abang man terus ajak aku survey rumah dekat Pura Kencana. Kekonon nak jadi orang bando ko duk Pura Kencana. Masa tu harga rumah teres setingkat 3 bilik tidur dua bilik air ialah 250k. Rumah teres 4 bilik pulak harganya 380k. Aku berkenan dengan rumah yang 4 bilik tu tapi bila tengok harga meremang bulu hidung. Sekarang ni tahun 2016 rumah tu dah harga 500k. Rugi tak beli masa tu. 

3. Taman Gemilang Parit Raja.
-  Aku berkenan jugak dengan rumah ni sebab rumah ni jenis Semi-D pastu ada tanah luas tepinya. Tapi aku kurang berkenan dengan persekitarannya. Sebab sebelum nak masuk taman ni kau akan nampak longgokan barang kitar semula dekat kedai depan taman ni. Pastu aku call pemaju dia cakap harganya 420k. Opocopot!!!!!!... Memang reject trus....

4. Taman Wira Jaya Parit Raja.
- Rumah ni aku survey dengan Masterji. Dan dia paling berkenan dengan rumah ni sebab harganya mampu milik iaitu 220k sahaja. ....Tapi bila tengok keluasannya macam tak berapa puas hati sebab cuma 22 x 45 sahaja. Family aku pun tak setuju. Nampak tak spesis apa kami ni.. Nak umah beso tapi nak yang harga murah. Kekwat Angggattt...Pastu 1 lagi lokasi macam tak berapa nak cun sebab kalau nak keluar ke Parit Raja agak leceh sikit nak cross...

5. Taman Putera Indah, Tongkang Pechah. 
-  Aku suka rumah dekat sini sebab luas. Luasnya kira2 40 X 80 dengan harga 300k sahaja. Memang sangat berbaloi. Tapi Omak den tak setuju sebab jauh dengan dia. Dia nak rumah yang dekat pastu naik motor takde lesen pun sampai... Alahai..Ko tengok betapa susah nak beli rumah. Masterji pun tak setuju sebab dia cakap pemandangan tak cun sebab sebelum nak masuk ke taman ni ada beberapa projek terbengkalai yang menyakitkan pandangan mata. 

6. Taman Manis, Parit Raja
- Aku tahu aku takkan mampu beli rumah ni. Tapi aku tetap jugak nak tengok rumah ni. Masterji malas nak gaduh so dia layankan sahaja. Rumah ni banglo 5 bilik. Acah2 kaya gittew  survey rumah kat situ. Harga 400k. Lepas beli rumah ni boleh makan dinding aje tau sebab gaji dah kosong. 

7. Taman Universiti, Parit Raja
- Rumah ni  rumah 2nd hand. Owner dia kerja kat Singapura. Lokasi sangat2 ok sebab betul2 depan padang. Rumah pun dah siap renovate. Kitorang call dekat 78 kali tak pernah diangkat. Memang tolak rezeki betul owner tu. 

8. Taman Jasa, Parit Raja.
-  Masa projek rumah ni dah siap aku call pemaju tanya harga. Dia cakap harganya rm380k pastu dia suruh cepat sebab dah tinggal 3 rumah je yang belum ada pemilik. Bila tahu harga macam tu memang terus letak telefon menangis tepi bucu katil sambil gigit ujung bantal. 

Pencarian rumah dihentikan bila aku bersalinkan Airis. Sebab macam dah putus asa nak beli rumah. Tetiba 2013 tu jugak aku dapat  transfer Batu Pahat. Jadi keinginan memiliki rumah sendiri tu memang meluap2..Cer teka rumah mana yang aku beli???????

sekadar ganbar hiasan
bukan rumah aku pun....

Wednesday, 3 August 2016

Goodbye Facebook, hello real life


Akhirnya bulan lepas aku telah delete semua akaun facebook. Aku bebas, bebas dan bebas dengan dunia maya penuh pura2..eceh... Sebenarnya aku ada dua akaun fb. Satu utk  kekawan dan satu lagi utk anak murid. Antara punca aku deactive semua akaun fb aku ialah....

1. Selalu rasa tak puas hati dengan life sendiri
- Klu aku bukak pesbuk aku akan nampak life kekawan aku yg seribu kali lebih bahgia dari aku.... setepek muke kekawan aku yg semakin peloles, gojes and gonjeng (ehhh?????) Aku pulak pandang muka aku penuh SENDU ngan segala mak nenek jeragat tanda2 penuaan..Pakai baju mahal2, cuti2 ke obersi, tiap tahun hupdate beli kereta baru sementelahan aku lak masih pakai vios buruk yg dibeli dari awal posting tak tukar2...Pastu aku nampak betapa romantiknya asben2 mereka yg acah2 buat seprais bagi bunga, seprais party utk raikan sambutan hari2 penting mereka. Berbeza ngn masterji aku yang hati kering wak lek wat pis je klu tiba anny or besday aku. Last masterji belikan aku bunga adalah 6 bulan lepas kawen. Sekarang hampir 5 tahun kawen bayang batang bunga pun tak nampak. SENDU lagi dan lagi...Hadiah besday pulak tiap tahun aku dah tahu masterji akan belikan jam...So no surprise. 5 tahun kawen 5 jam aku dapat..Tu belum masuk lagi bab kawan2 aku  meriak upload gambo rumah yang super duper lebih hebat dari rumah aku yang berkeluasan tak berapa nak kangkang keralah...................Jadi setiap hari bangun tido aku akan sentiasa stalk apa yang kawan2 aku buat, apa yang kawan2 aku makan, mana kawan2 aku pergi, apa yang kawan2 aku beli tanpa aku sedari aku telah merasa tak berpuas hati dengan kehidupan aku sendiri..Betapa aku tak mensyukuri nikmat yang Allah S.W.T telah berikan kepada aku selama ini. Berdosanya aku sebagai hambanya yang sering mengeluh sedangkan Allah dah kurniakan kehidupan yang terbaik untuk aku sebenarnya. Iye tak apa muka aku tak peloles tapi sekurang2 nya aku tak habiskan banyak masa untuk tepek bedak tebal2 yang buatkan pori2 aku tersumbat dan kulit wajah tak bernafas (ececehhhhh). Iye aku patut bersyukur vios buruk itu selama ini tak pernah meragam dan telah membawa aku berjalan beribu2 km...Lelaki yang aku nikahi a.k.a masterji itu memang tak romantik tapi lelaki itulah  yang huloq duit belanja tiap bulan...pampers dan susu anak2 aku tak pernah ambik peduli sebab dia yang akan beli. Kencing berak anak pun dia sudi untuk cuci..its more more more romanticccc....Dan ada banyak lagi yang aku patutnya bersyukurrr...so mari bersyukurrrr...


2. Banyak buang masa.
- Asyik2 24/hour nak skroll timeline. Tgk dan baca benda2 yang tak penting. Tanpa aku sedar banyak masa terbuang mcm tu aje. Lebih baik masa yang ada tu aku guna utk licinkan lantai rumah, sental daki2 bilik air, buat dapur aku bersih, kemas peti ais dan banyak lagi. Ataupun masa yang ada tu boleh aku guna utk cooking2 or baking2 utk kenyangkan perut my masterji. Orang tua2 cakap kan kalau nak tambat hati suami kena dari peritnye...alahai...Lagi satu aku rasa aku jadi kurang perhatian pada anak2...Alhamdulillah bulan ini rasanya rumah aku lebih bersih dari bulan lepas. Kain baju tiap hari dicuci...Kalau dulu duk alpa main pesbuk seminggu sekali baru cuci cuci...Malam sempat masak untuk bawak bekal keesokan hari ke tempat kerja...Anak2 pulak semakin hepi bergelak ketawa... Bahgia kannnn...

2. Teguran suami...
- Masterji pernah tegur jangan suka upload gambar dalam pesbuk. Dia cakap bahgia bukan untuk ditayang-tayang.. Bahgia biar kita sendiri yang rasa..Dia tambah lagi bila kita nampak bahgia akan timbul dengki dan iri hati orang luar...Akan ada cubaan utk pecah belahkan rumahtangga... Dulu aku rasa marah bila dia nasihat macam tu..Tapi bila fikir balik betul gak apa yang dia cakap...Kita tak kenal secara mendalam kekawan kita dalam pesbuk tu...Mungkin ada segelintir yang naik menyampah bila kita upload gambar betapa bahgianya kita "Oiiii tengok gambo ni aku bahgia sgt2 tau".. ehhh????... Tambahan pulak berlaku perkara mistik bila kami jumpa benda pelik depan pagar rumah kami (benda pelik tu aku tak tahu sape yang tabur)...So, wajiblah aku tutup pesbuk sebab dalam pesbuk ada banyak gambar kami anak beranak....

Jadi perasaan aku sekarang ialah aku lebih bahgia. Tanpa perlu meniru cara hidup orang. Tanpa perlu iri hati pada rezeki orang lain... #JOMDELETEFACEBOOKANDA...

Tak Gemuk Tak Kurus
Cikgu Marrrrr

Friday, 26 June 2015

cahaya mata

Cahaya mata = anak
Anak = pengikat kasih suami isteri...
Alhamdulillah kami dikurniakan dua puteri comel...

AIRIS DELISHA - 6/8/2013
ARISSA DELIA - 5/5/2015...

Terima kasih ya Allah...